Reunion Slam Kumpulan_Slam

Pada tahun 2015, satu berita gembira buat peminat Slam apabila ketua kumpulannya, Shah telah mengumumkan bahawa Slam akan membuat penyatuan semula (reunion) bersama Zamani, Ajak, Eddie, Lili dan juga Man. Mereka membuat konsert-konsert berskala besar terutamanya konsert Slam Nur Kasih yang telah diadakan di Johor Bahru pada tahun 2016. Kini, mereka bertungkus-lumus untuk menjayakan konsert Slam Revival yang dijangka akan diadakan pada hujung tahun 2019.